Â
Kami telah mengemas kini Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami pada Januari 2021
Kami telah membuat perubahan kepada Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami yang berkaitan dengan pemesejan antara perniagaan dengan pelanggan mereka di WhatsApp, dan telah mula melancarkan perubahan ini pada Januari 2021. Sebagai sebahagian daripada pengemaskinian ini, kami juga menyediakan maklumat lanjut tentang cara kami mengumpul, berkongsi dan menggunakan data.
Komitmen kami terhadap privasi anda tidak berubah. Perbualan peribadi anda masih dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung, yang bermaksud tidak ada sesiapa di luar daripada sembang anda, walaupun WhatsApp mahupun Meta, yang dapat membaca atau mendengarnya.
Kami bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang pengemaskinian ini dengan jelas. Berikut ialah beberapa perkara yang harus anda ketahui:
Perkara yang berubah
Anda boleh berkomunikasi dengan lebih banyak perniagaan pada WhatsApp untuk melaksanakan urusan dengan lebih pantas, berbanding komunikasi melalui telefon atau e-mel. Ciri ini ialah opsyenal sepenuhnya.
Setiap hari, berjuta-juta orang menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dengan perniagaan, besar mahupun kecil. Anda boleh menghantar mesej kepada perniagaan untuk bertanya soalan, membuat pembelian dan mendapatkan maklumat. Anda boleh memilih untuk bersembang dengan perniagaan di WhatsApp, dan anda boleh menyekat atau mengalih keluar perniagaan tersebut daripada senarai kenalan anda.
Perniagaan yang lebih besar, seperti syarikat penerbangan atau peruncit, mungkin menerima mesej daripada ribuan pelanggan pada satu-satu masa - meminta maklumat tentang penerbangan, atau ingin menjejak pesanan mereka. Untuk memastikan mereka dapat membalas dengan cepat, perniagaan ini mungkin menggunakan Meta sebagai penyedia teknologi untuk mengendalikan sesetengah balasan bagi pihak mereka. Kami akan melabelkan sembang dengan jelas bagi memastikan anda termaklum apabila perkara ini berlaku.
Kami telah menyediakan penjelasan lebih lanjut tentang cara kami mengumpul, berkongsi dan menggunakan data.
Perubahan kepada Dasar Privasi kami memberi anda lebih banyak maklumat tentang cara kami mengendalikan maklumat anda. Kami telah menambah lebih banyak butiran pada bahagian tertentu dalam Dasar Privasi kami dan menambahkan bahagian baharu. Kami juga telah meringkaskan susun atur Dasar Privasi dan memudahkan pengguna untuk menavigasi.
Anda boleh memuat turun laporan maklumat dan tetapan akaun WhatsApp anda di sini.
Perkara yang tidak berubah
Privasi dan jaminan sembang peribadi anda dengan keluarga dan rakan tidak akan berubah.
WhatsApp mahupun Meta tidak dapat melihat kandungan yang anda kongsikan dengan keluarga dan rakan, termasuk mesej dan panggilan peribadi anda, lampiran yang anda kongsikan atau lokasi yang anda hantarkan. Kami tidak menyimpan log pemesejan atau panggilan setiap pengguna, dan WhatsApp tidak berkongsi kenalan anda dengan Meta.
Dalam kawalan anda. Anda boleh memilih untuk berkongsi nombor anda dengan perniagaan, dan anda boleh menyekat perniagaan pada bila-bila masa.
WhatsApp tidak akan memberikan nombor anda kepada perniagaan, dan dasar kami melarang perniagaan daripada menghubungi anda di WhatsApp tanpa mendapat persetujuan daripada anda terlebih dahulu.
Ciri privasi tambahan kami, seperti menetapkan agar mesej anda dihilangkan atau mengawal individu yang boleh menambahkan anda pada grup, dapat memberikan lapisan privasi tambahan kepada anda.
Persetujuan anda dengan Terma Perkhidmatan baharu ini tidak akan meluaskan keupayaan WhatsApp untuk berkongsi data pengguna dengan syarikat induknya, Meta.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila semak terma dan dasar privasi kami. Anda juga boleh mendapatkan jawapan kepada soalan lazim di sini.