Cara menyimpan sejarah sembang anda

Android
Sembang WhatsApp anda disandarkan secara automatik dan disimpan setiap hari pada memori telefon anda. Bergantung pada tetapan anda, anda juga boleh membuat sandaran sembang WhatsApp anda secara berkala pada Google Drive. Jika anda mengenyahpasang WhatsApp daripada telefon anda, tetapi tidak mahu kehilangan sebarang mesej, pastikan anda menyandarkan sembang anda secara manual sebelum mengenyahpasang.
Menyandarkan sembang
Pergi ke WhatsApp > ketik Pilihan lain
> Tetapan > Sembang > Sandaran sembang > SANDARKAN.
Mengeksport sejarah sembang
Anda boleh menggunakan ciri eksport sembang untuk mengeksport salinan sejarah sembang daripada sembang individu atau grup.
  1. Buka sembang individu atau grup.
  2. Ketik Pilihan lain
    > Lagi > Eksport sembang.
  3. Pilih sama ada untuk mengeksport dengan atau tanpa media.
E-mel akan digubah dan sejarah sembang anda akan dilampirkan sebagai dokumen .txt.
Nota:
  • Jika anda berada di negara Jerman, anda mungkin perlu mengemas kini WhatsApp sebelum anda boleh menggunakan ciri eksport sembang ini.
  • Jika anda memilih untuk melampirkan media, media yang terbaru dihantar akan ditambahkan sebagai lampiran.
  • Apabila mengeksport berserta media, anda boleh menghantar sehingga 10,000 mesej terkini. Tanpa media, anda boleh menghantar 40,000 mesej. Batasan ini adalah disebabkan oleh saiz e-mel maksimum.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak