Perihal menukar nombor telefon

Ciri tukar nombor membenarkan anda menukar nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun WhatsApp anda. Menukar nombor telefon anda di WhatsApp akan:
  • Memindahkan maklumat akaun anda, termasuk foto profil, nama, perihalan, sembang individu, sembang grup dan tetapan daripada nombor telefon lama kepada nombor telefon baharu.
  • Memadamkan akaun WhatsApp yang dikaitkan dengan nombor telefon lama anda, maka kenalan anda tidak akan lagi dapat melihat nombor telefon lama anda dalam senarai kenalan WhatsApp mereka.
Anda boleh memilih sama ada anda ingin kenalan anda diberitahu tentang penukaran nombor telefon anda. Sembang grup anda akan diberitahu apabila anda menukar nombor telefon anda tidak kira sama ada anda memilih untuk memberitahu kenalan anda atau tidak. Untuk kekal berhubung dengan kenalan anda, kami mencadangkan agar anda memberitahu kenalan anda tentang nombor telefon baharu anda sebelum menukar nombor telefon dan minta mereka membuat sebarang perubahan yang diperlukan dalam buku alamat telefon mereka.
Nota: Jika anda menukar nombor telefon anda dan terus menggunakan telefon yang sama untuk nombor telefon baharu, sejarah sembang anda akan kekal tersedia pada telefon anda.
Sumber berkaitan:
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak