Â
Cara membuat panggilan suara
Android
iOS
KaiOS
Web
Windows
Mac
Android
iOS
KaiOS
Web
Windows
Mac
Panggilan suara membolehkan anda membuat panggilan kepada kenalan dengan menggunakan WhatsApp secara percuma, walaupun mereka berada di negara lain. Panggilan suara menggunakan sambungan Internet telefon anda dan bukan minit pelan mudah alih anda. Caj data mungkin dikenakan.
Membuat panggilan suara
- Buka sembang individu dengan kenalan yang ingin anda hubungi.
- Ketik .
Sebagai alternatif, buka WhatsApp, kemudian ketik tab Panggilan > . Cari kenalan yang ingin anda hubungi melalui panggilan suara, kemudian ketik .
Menggunakan pad kekunci untuk membuat panggilan suara
Anda boleh menggunakan pad kekunci untuk membuat panggilan suara kepada orang atau perniagaan yang tidak disimpan dalam kenalan anda.
- Pergi ke Panggilan.
- Ketik .
- Masukkan nombor yang ingin anda hubungi.
- Ketik .
Nota: Jika anda menghubungi nombor yang tidak didaftarkan pada WhatsApp pada masa ini, pilih Dail {phone number}. Anda akan mempunyai pilihan untuk mengundang pengguna tersebut bagi menyertai WhatsApp. Jika pengguna tersebut tiada di WhatsApp, caj pembawa dan data mungkin dikenakan.
Menerima panggilan suara
Jika telefon anda dikunci, anda akan melihat skrin Audio WhatsApp... masuk apabila seseorang menghubungi anda. Anda boleh:
- Luncur untuk menjawab panggilan.
- Ketik Ingatkan Saya, kemudian pilih jika anda ingin diingatkan Apabila saya keluar daripada WhatsApp atau Dalam 1 jam.
- Tolak panggilan tersebut dengan menekan butang kuasa pada sisi iPhone dua kali.
Jika telefon anda tidak dikunci, anda akan melihat skrin Audio WhatsApp... masuk apabila seseorang menghubungi anda. Anda boleh:
- Ketik Terima.
- Ketik Tolak.
- Ketik Ingatkan Saya, kemudian pilih jika anda ingin diingatkan Apabila saya keluar daripada WhatsApp atau Dalam 1 jam.
- Ketik Mesej untuk menolak panggilan tersebut dengan nota.
Nota: Anda boleh menukar seting anda untuk menyenyapkan panggilan daripada pemanggil tidak dikenali.
Bertukar antara panggilan suara dengan panggilan video
Bertukar daripada panggilan suara kepada panggilan video
- Ketika berada dalam panggilan suara, ketik > Tukar.
- Kenalan yang sedang berbual dengan anda akan melihat permintaan untuk bertukar kepada panggilan video. Mereka boleh menerima atau menolak penukaran tersebut.
Bertukar daripada panggilan video kepada panggilan suara
- Ketika berada dalam panggilan video, ketik , yang akan memaklumkan kenalan yang sedang berada dalam panggilan video dengan anda.
- Selepas kenalan mematikan video mereka, panggilan tersebut akan bertukar kepada panggilan suara.
Nota:
- Pastikan anda dan kenalan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh ketika membuat atau menerima panggilan suara kumpulan.
- Panggilan suara tersedia pada iPhone yang menggunakan iOS 12 atau lebih baharu.
- Anda tidak boleh mengakses nombor perkhidmatan kecemasan melalui WhatsApp seperti 911 di Amerika Syarikat. Anda mesti membuat perancangan komunikasi lain untuk membuat panggilan kecemasan.