Â
Perihal sistem operasi yang disokong
Pada masa ini, kami menyediakan sokongan dan mengesyorkan penggunaan peranti berikut:
- Android yang menggunakan OS 4.1 dan lebih baharu
- iPhone yang menggunakan iOS 12 dan lebih baharu
- KaiOS 2.5.0 dan lebih baharu, termasuk JioPhone dan JioPhone 2
Setelah anda memiliki salah satu peranti di atas, pasangkan WhatsApp dan daftarkan nombor telefon anda.
Nota:
- Bermula 24 Oktober 2023, hanya OS Android versi 5.0 dan lebih baharu akan disokong.
- Telefon anda mestilah boleh menerima SMS atau panggilan ketika proses pengesahan berjalan. Kami tidak menyokong penyediaan akaun baharu pada peranti yang bersambung melalui WiFi sahaja.
Cara kami memilih peranti yang disokong
Peranti dan perisian kerap berubah, jadi kami akan kerap menyemak sistem operasi yang kami sokong dan melakukan pengemaskinian.
Untuk memilih sistem operasi yang akan dihentikan sokongan, seperti syarikat teknologi lain, kami akan meneliti peranti dan perisian yang paling lama dan mempunyai bilangan pengguna paling sedikit pada setiap tahun. Peranti ini juga mungkin tidak mempunyai pengemaskinian keselamatan terkini, atau mungkin kekurangan fungsi yang diperlukan untuk menjalankan WhatsApp.
Perkara yang berlaku jika sistem operasi anda tidak lagi disokong
Sebelum kami menghentikan sokongan terhadap sistem operasi anda, anda akan dimaklumkan secara terus di WhatsApp terlebih dahulu dan diingatkan beberapa kali untuk menaik taraf.
Kami akan mengemas kini halaman ini dengan kerap untuk memastikan sistem operasi terkini yang kami sokong disenaraikan.
Sumber berkaitan:
Perihal peranti yang disokong