Â
Cara menyekat dan melaporkan kenalan
Android
iPhone
KaiOS
Anda boleh berhenti menerima mesej, panggilan dan pengemaskinian status daripada kenalan tertentu dengan menyekat mereka. Anda juga boleh melaporkan mereka jika anda fikir mereka menghantar kandungan bermasalah atau spam.
Jika anda merasakan bahawa anda atau orang lain sedang dalam bahaya, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda.
Menyekat kenalan
- Buka WhatsApp, ketik Pilihan lain> Tetapan.
- Ketik Privasi > Kenalan disekat.
- Ketik Masukkan.
- Cari atau pilih kenalan yang ingin disekat.
Nota:
- Jika anda menukar nombor telefon anda dan menggunakan akaun WhatsApp yang sama, kenalan anda yang disekat akan kekal disekat. Ketahui cara menggunakan ciri tukar nombor dalam artikel ini.
- Jika anda menyediakan akaun WhatsApp baharu, anda perlu menyekat kenalan tersebut secara manual sekali lagi.
Cara lain untuk menyekat kenalan:
- Buka sembang dengan kenalan, kemudian ketik Lagi > Sekat > Sekat. Anda juga boleh melaporkan kenalan dengan mengetik Lapor kenalan > Sekat.
- Buka sembang dengan kenalan, kemudian ketik nama kenalan > Sekat > Sekat.
Menyekat nombor telefon yang tidak dikenali
- Buka sembang WhatsApp dengan nombor telefon yang tidak dikenali.
- Ketik Sekat. Anda juga boleh melaporkan kenalan dengan mengetik Lapor kenalan > Sekat.
Nota:
- Kenalan yang disekat tidak lagi akan dapat menghubungi atau menghantar mesej kepada anda.
- Maklumat terakhir dilihat, dalam talian, pengemaskinian status, dan sebarang perubahan yang dibuat kepada foto profil anda tidak lagi dapat dilihat oleh kenalan yang telah anda sekat.
- Menyekat kenalan tidak akan mengalih keluar mereka daripada senarai kenalan anda, bahkan tidak akan mengalih keluar anda daripada senarai pada telefon kenalan. Untuk memadamkan kenalan, anda mesti memadamkan kenalan tersebut daripada buku alamat telefon anda.
- Jika anda berasa bimbang sama ada kenalan yang disekat akan tahu jika anda menyekat mereka, sila baca artikel ini.
Mengenyahsekat kenalan
- Pada WhatsApp, ketik Pilihan lain> Tetapan.
- Ketik Privasi > Kenalan disekat.
- Ketik kenalan yang ingin dinyahsekat.
- Ketik Nyahsekat {kenalan}. Anda dan kenalan tersebut kini akan dapat menghantar dan menerima mesej, panggilan, dan pengemaskinian status.
Cara lain untuk mengenyahsekat kenalan.
- Cari kenalan yang telah anda sekat > ketik dan tahan nama kenalan tersebut > ketik Nyahsekat {kenalan}.
- Buka sembang terakhir daripada kenalan anda dan tatal ke bahagian bawah. Ketik Anda telah menyekat kenalan ini. Ketik untuk nyahsekat.
Nota:
- Jika anda mengenyahsekat seorang kenalan, anda tidak akan menerima sebarang mesej, panggilan atau pengemaskinian status yang dihantar oleh kenalan tersebut ketika tempoh mereka disekat.
- Jika anda mengenyahsekat kenalan atau nombor telefon yang sebelum ini tidak disimpan pada buku alamat telefon anda, anda tidak akan dapat memulihkan kenalan atau nombor telefon tersebut pada peranti anda.
Melaporkan kenalan
- Buka sembang dengan kenalan yang ingin anda laporkan.
- Ketik Pilihan lain> Lagi > Lapor.
- Tandakan kotak jika anda juga ingin menyekat pengguna dan memadamkan mesej dalam sembang tersebut.
- Ketik Lapor.
Nota: WhatsApp akan menerima lima mesej terakhir yang dihantarkan kepada anda oleh pengguna atau kumpulan yang dilaporkan, dan mereka tidak akan dimaklumkan. WhatsApp juga akan menerima ID kumpulan atau pengguna yang dilaporkan, maklumat tentang masa mesej dihantar, dan jenis mesej yang dihantar (imej, video, teks, dll.).
Anda juga boleh melaporkan akaun dengan menekan lama pada mana-mana mesej.
- Tekan lama pada nama kenalan individu, kemudian lepaskan untuk membuka menu.
- Tatal ke bahagian bawah menu. Ketik Sekat {nama kenalan}.
Melaporkan foto atau video sekali paparan
- Buka foto atau video sekali paparan.
- Ketik Pilihan lain> Lapor kenalan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri sekali tontonan, sila baca artikel ini.