Akaun yang dicuri

Perihal akaun yang dicuri
Anda tidak sepatutnya berkongsi kod pengesahan SMS WhatsApp anda dengan orang lain, walaupun rakan atau keluarga. Jika anda ditipu untuk berkongsi kod anda dan kehilangan akses kepada akaun WhatsApp anda, baca arahan di bawah untuk memulihkan akaun anda.
Jika anda mengesyaki orang lain menggunakan akaun WhatsApp anda, anda harus memberitahu keluarga dan rakan-rakan kerana individu ini boleh menyamar sebagai anda dalam sembang dan grup. Sila ambil perhatian, WhatsApp disulitkan hujung ke hujung dan mesej disimpan pada peranti anda. Jadi seseorang yang mengakses akaun anda pada peranti lain tidak dapat membaca perbualan anda yang lalu.
Cara memulihkan akaun anda
Daftar masuk ke WhatsApp dengan nombor telefon anda dan sahkan nombor telefon anda dengan memasukkan kod 6 digit yang anda terima melalui SMS. Ketahui lebih lanjut tentang mengesahkan nombor telefon anda di Pusat Info kami: Android | iPhone.
Sebaik sahaja anda memasukkan kod SMS 6 digit, individu yang menggunakan akaun anda akan dilog keluar secara automatik.
Anda juga mungkin diminta untuk memberikan kod pengesahan dua langkah. Sekiranya anda tidak mengetahui kod ini, individu yang menggunakan akaun anda mungkin telah mendayakan pengesahan dua langkah. Anda harus menunggu 7 hari sebelum anda boleh log masuk tanpa kod pengesahan dua langkah. Tidak kira sama ada anda mengetahui kod pengesahan ini atau tidak, individu yang menggunakan akaun anda telah pun dilog keluar daripada akaun anda setelah anda memasukkan kod SMS 6 digit. Ketahui lebih lanjut tentang ciri pengesahan dua langkah dalam artikel ini.
Nota
  • Jika anda mempunyai akses kepada akaun anda dan mengesyaki seseorang menggunakan akaun anda melalui WhatsApp Web/Desktop, kami mencadangkan anda untuk log keluar daripada semua komputer melalui telefon anda.
  • Untuk melindungi akaun anda, WhatsApp akan memaklumkan anda apabila seseorang cuba untuk mendaftarkan akaun WhatsApp menggunakan nombor telefon anda. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini.
Sumber
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak