Cara berkongsi produk atau perkhidmatan daripada katalog

Anda boleh berkongsi produk atau perkhidmatan perniagaan dengan rakan anda dengan mudah.
Berkongsi produk atau perkhidmatan daripada sembang individu atau sembang grup
  1. Ketik ikon Majukan di sebelah imej produk atau perkhidmatan.
  2. Cari atau pilih sembang grup atau sembang individu yang ingin anda kongsikan produk atau perkhidmatan.
  3. Ketik Majukan.
Berkongsi produk atau perkhidmatan daripada katalog
  1. Pergi ke profil WhatsApp Business tersebut.
  2. Ketik LIHAT SEMUA di sebelah KATALOG.
  3. Ketik pada produk atau perkhidmatan untuk melihat Butiran.
  4. Ketik Lagi
    > Hantar.
  5. Cari atau pilih sembang grup atau sembang individu yang ingin anda kongsikan produk atau perkhidmatan.
  6. Ketik Hantar.
Berkongsi produk atau perkhidmatan daripada katalog pada WhatsApp Web atau Desktop
  1. Pergi ke profil WhatsApp Business tersebut.
  2. Ketik LIHAT SEMUA di sebelahKatalog.
  3. Ketik pada produk atau perkhidmatan untuk melihat Butiran.
  4. Ketik ikon juntai bawah di bahagian atas.
  5. Ketik Hantar Produk
  6. Cari atau pilih sembang grup atau sembang individu yang ingin anda kongsikan produk atau perkhidmatan.
  7. Ketik ikon Hantar.
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak