Tidak dapat memuat turun atau menghantar fail media

Android
Jika anda mengalami masalah memuat turun atau menghantar foto, video atau mesej suara, sila semak perkara berikut:
  • Telefon anda mempunyai sambungan Internet yang aktif dengan isyarat yang kukuh. Cuba muatkan laman web untuk mendapatkan kepastian.
  • Tarikh dan masa pada telefon anda ditetapkan dengan betul. Jika tarikh anda tidak betul, anda tidak akan dapat disambungkan kepada pelayan WhatsApp untuk memuat turun media anda. Ketahui cara menetapkan tarikh anda dengan tepat di sini.
Sekiranya masalah berterusan, mungkin terdapat isu dengan kad SD anda. Untuk mengesahkan, pastikan kad SD anda mempunyai:
  • Ruang storan kosong yang mencukupi. Sekiranya terdapat ruang yang mencukupi pada kad SD, tetapi anda masih tidak boleh memuat turun sebarang fail daripada WhatsApp, anda mungkin perlu memadamkan data WhatsApp daripada kad SD anda.
  • Mod baca sahaja dimatikan.
Jika tiada penyelesaian yang dapat menyelesaikan masalah ini, hal ini mungkin bermaksud kad SD anda telah rosak. Dalam kes ini, anda mungkin perlu memformat semula kad SD anda atau membeli kad SD baharu.
Nota: Memformat semula kad SD anda akan memadamkan semua kandungan kad SD.
Sekiranya anda masih mengalami isu selepas mencuba semua langkah yang disenaraikan, sila lakukan perkara yang berikut:
  • Sahkan bahwa anda menggunakan WhatsApp versi yang terkini atau kemas kini aplikasi jika perlu. Ketahui cara mengemas kini WhatsApp dalam artikel ini.
  • Sekiranya versi WhatsApp anda betul, mulakan peranti anda semula.
  • Jika langkah memulakan semula telefon anda tidak menyelesaikan masalah, sahkan bahawa telefon anda mempunyai sistem operasi versi yang terkini atau pasangkan pengemaskinian jika perlu.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak