Â
Petua keselamatan akaun
Untuk menjamin akaun WhatsApp anda, ikuti petua yang berikut:
- Jangan sekali-kali berkongsi kod pendaftaran anda atau PIN pengesahan dua langkah dengan orang lain.
- Dayakan ciri pengesahan dua langkah dan berikan alamat e-mel sekiranya anda terlupa PIN anda.
- Setkan kata laluan mel suara pada telefon anda yang sukar diteka bagi menghalang sesiapa sahaja daripada mengakses mel suara anda.
- Periksa peranti terpaut anda dengan kerap. Pergi ke Tetapan WhatsApp > Peranti Terpaut untuk menyemak semua peranti yang dipautkan pada akaun anda. Untuk mengalih keluar peranti terpaut, ketik pada peranti > Log Keluar.
- Setkan kod peranti dan peka dengan individu yang mempunyai akses fizikal kepada telefon anda. Seseorang yang mempunyai akses fizikal kepada telefon anda boleh menggunakan akaun WhatsApp anda tanpa kebenaran anda.
Kami mengesyorkan agar anda berkongsi nasihat ini dengan rakan dan keluarga untuk membantu menjaga keselamatan akaun WhatsApp mereka.
Nota: Jika anda menerima e-mel untuk mengeset semula PIN pengesahan dua langkah atau kod pendaftaran namun tidak meminta langkah ini, jangan klik pada pautan tersebut. Seseorang mungkin sedang cuba untuk mengakses nombor telefon anda di WhatsApp.
Sumber
- Jika anda merasakan akaun anda telah dicuri, ketahui cara memulihkan akaun dalam artikel ini.
- Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk kekal selamat di WhatsApp.