Perihal menggunakan satu akaun WhatsApp pada berbilang telefon, atau dengan berbilang nombor telefon

Akaun WhatsApp anda hanya boleh disahkan dengan satu nombor telefon yang didaftarkan. Jika anda mempunyai telefon dwiSIM (dual SIM), sila ambil perhatian bahawa anda masih perlu memilih satu nombor untuk disahkan dengan WhatsApp. Tiada pilihan untuk memiliki akaun WhatsApp yang disahkan dengan dua nombor telefon yang berbeza.
Anda boleh menukarkan akaun WhatsApp anda kepada telefon baharu tanpa menerima kod SMS.
Jika nombor telefon anda layak, anda boleh mengesahkan nombor dengan menggunakan peranti lama anda. WhatsApp akan menghantar pemberitahuan semerta kepada peranti lama yang akan memberikan kod 6 digit untuk dimasukkan pada peranti baharu anda.
Jika anda tidak memilih pilihan ini, anda akan diprom untuk mengesahkan nombor telefon anda melalui SMS.
Jika anda kerap menukar akaun WhatsApp anda antara peranti yang berbeza, lama-kelamaan, anda mungkin akan disekat daripada mengesahkan semula akaun anda. Jangan bertukar antara peranti dan nombor secara berulang kali.
Adakah jawapan ini menjawab pertanyaan anda?
Ya
Tidak