Perihal panggilan desktop

Anda boleh membuat panggilan suara dan video percuma kepada kenalan anda di WhatsApp Desktop jika anda memasang aplikasi tersebut pada komputer anda.
Panggilan desktop disokong pada:
  • Windows 10 64-bit versi 1903 dan lebih baharu
  • macOS 10.13 dan lebih baharu
Untuk membuat atau menerima panggilan di WhatsApp Desktop, anda memerlukan:
  • Peranti output audio dan mikrofon untuk panggilan suara dan video.
  • Kamera untuk panggilan video.
  • Memberikan kebenaran WhatsApp mengakses mikrofon dan kamera komputer anda. WhatsApp memerlukan akses kepada mikrofon komputer anda untuk membuat panggilan, dan kamera untuk panggilan video.
Nota: Panggilan grup tidak disokong pada WhatsApp Desktop pada masa ini.
Sumber berkaitan:
Adakah ini membantu?
Ya
Tidak